Lelaki maut motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta
Lelaki maut motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta

SEKINCHAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikalnya ditunggang melawan arus terbabit kemalangan di Kilometer 74 Jalan Teluk Intan-Klang, dekat Parit 5, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, nahas jam 12.20 tengah hari itu berlaku apabila mangsa, 77, yang menunggang motosikal melawan arus di bahu jalan hilang kawalan lalu masuk ke lorong kanan.
“Mangsa kemudian bertembung kereta yang sedang bergerak,” katanya menerusi kenyataan.
Md Yusof berkata, akibat pertembungan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Lelaki maut motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.