Bulan, 3 planet membentuk wajah tersenyum

Bulan, 3 planet membentuk wajah tersenyum

Bulan, 3 planet membentuk wajah tersenyum
Sebilangan pengguna media sosial menggelar fenomena itu sebagai ‘wajah senyuman’ angkasa. – Accu Weather

WASHINGTON – Bulan sabit akan berada sejajar dengan Planet Zuhrah, Zuhal dan Utarid di langit timur pagi Jumaat ini dalam satu  fenomena astronomi bagi bulan April, lapor agensi berita United Press International semalam.

Keempat-empat objek itu akan dapat dilihat dengan mata kasar walaupun Utarid mungkin sukar untuk dikesan ekoran cahayanya yang malap dan kedudukan  rendah di langit.

Sebilangan pengguna media sosial menggelar fenomena itu sebagai ‘senyuman’ angkasa, dengan Bulan kelihatan sebagai mulut tersenyum, manakala Zuhrah dan Zuhal seperti dua mata.

Namun bagi pemerhati bintang di Amerika Utara, fenomena itu  mungkin tidak menyerupai apa yang dikatakan oleh ahli-ahli astrologi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Ini kerana di rantau berkenaan, ketiga-tiganya akan berada pada kedudukan berselerak di langit dan terletak pada  satu sudut.

‘Pertemuan’ Bulan  dengan Zuhrah, Zuhal dan Utarid adalah peristiwa yang berlaku dalam satu malam. – AGENSI

Bulan, 3 planet membentuk wajah tersenyum

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker