Pesara maut kemalangan 4 kenderaan
Pesara maut kemalangan 4 kenderaan

PADANG BESAR: Seorang pesara penjawat awam maut apabila kereta dipandunya bertembung sebuah pikap dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Utama Titi Tinggi, di sini, semalam.
Mangsa, Ab Rashid Hashim, 73, yang pernah bertugas sebagai pembantu makmal Kementerian Kesihatan (KKM), disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah Ford Ranger yang datang dari arah Kangar menuju ke Padang Besar, serta tiga kereta Perodua Axia, Perodua Myvi dan Perodua Viva dari arah bertentangan.
“Hasil siasatan awal polis mendapati Ford Ranger berwarna hitam dipandu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun itu dipercayai memasuki laluan bertentangan setiba di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
“Disebabkan jarak terlalu dekat, Ford Ranger itu dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian hadapan Perodua Viva, diikuti perlanggaran membabitkan Perodua Axia dan Perodua Myvi,” katanya dalam satu kenyataan.
“Hasil semakan kita juga mendapati pemandu Ford Ranger itu mempunyai satu rekod saman trafik, iaitu memotong garisan berkembar.
“Kesemua mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar untuk rawatan, manakala mayat mangsa pula dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pesara maut kemalangan 4 kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.