Lelaki dipukul beramai-ramai dituduh ganggu isteri orang

Lelaki dipukul beramai-ramai dituduh ganggu isteri orang

Lelaki dipukul beramai-ramai dituduh ganggu isteri orang
– Foto hiasan

SUBANG JAYA: Seorang lelaki cedera selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di Medan Selera Puchong Permai, di sini, Khamis lalu, kononnya kerana mengganggu isteri orang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian jam 5 petang ketika mangsa menyapa seorang kenalannya sebelum tiba-tiba ditolak individu tidak dikenali.

“Secara tiba-tiba, datang beberapa lelaki menolak mangsa dan seorang daripada mereka dalam keadaan marah menuduh lelaki itu cuba mengganggu isterinya.

“Kemudian, mangsa dipukul oleh lebih kurang 10 lelaki menggunakan tangan menyebabkan mangsa bengkak di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya menahan empat individu berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun pada jam 1 pagi tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


Katanya, hasil soal siasat, suspek terbabit mengaku terbabit dalam kejadian itu dan permohonan reman dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, permohonan reman ke atas semua suspek yang diwakili peguam ditolak berikutan mangsa sudah menarik semula laporan yang dibuat.

“Namun, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan seterusnya,” katanya.

Lelaki dipukul beramai-ramai dituduh ganggu isteri orang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker