Aaron, Sharnaaz akhirnya berdamai
Dua tahun bermasam muka,
Aaron, Sharnaaz akhirnya berdamai

PETALING JAYA – Selepas dua tahun bermasam muka, pelakon Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad akhirnya meleraikan perselisihan faham yang pernah berlaku antara mereka dengan berdamai.
Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 49, memaklumkan mereka melupakan kisah silam dan bermaaf-maafan dalam sebuah siaran langsung TikTok, semalam.
“Tidak kita kalah atau memang, dua-dua memang kena. Apa tujuannya? Lebih baik berdamai, buat bisnes, buat duit.
“Masing-masing dah minta maaf dan mengaku silap, kita ‘move on’. Lagipun sekarang masih hari raya,” katanya dalam siaran langsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Dalam masa sama, pelakon filem KL Gangster itu enggan anak-anaknya risau selain mengingatkan agar memikirkan kesan kepada keluarga sebelum melakukan apa-apa.
“Saya nak masuk 50 tahun, kena mengadap benda-benda begini (bergaduh). Anak-anak balik tanya macam mana sebab mereka risau.
“Siapa nak tengok anak-anak kita risau. Jayden (anak Sharnaaz) masih kecil nanti bila dah besar dia akan tanya macam-macam soalan.
“Kita nak cerita susah, tidak boleh tipu sebab sekarang ada Google. Jadi, apa-apa kena fikir keluarga,” jelasnya.
Sementara itu, pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, juga berharap orang sekeliling tidak melaga-lagakan mereka.
“Kami malas nak panjang cerita kalau diteruskan, lagi tiga tahun saya tak bercakap dengan Aaron.
“Jangan jadi batu api untuk panjangkan cerita, kami pun dah selesai. Dua-dua ada karier dan keluarga untuk diteruskan,” ujarnya.
Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu turut berterima kasih kepada Aaron yang mampu mengendalikan situasi untuk kembali berdamai.
“Terima kasih juga abang sebab matang mengendalikan situasi ini. Bila kita duduk sembang, salah dari saya, saya minta maaf.
“Dulu nak cakap saya dengan abang elok sahaja dan gembira gim. Disebabkan anasir-anasir buat kita jadi belaga,” tutur anak jati Pulau Pinang itu.
Sebelum ini, salah faham antara mereka bermula apabila Sharnaaz tampil mengulas isu membabitkan Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.
Pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memberitahu Aaron digugurkan daripada filem The Original Gangster atas alasan masalah kesihatan.
Tidak berdiam diri, Aaron menerusi sebuah video Instagram membidas semua tuduhan dan dakwaan Syamsul terhadapnya termasuk mengenai masalah kesihatan iaitu sakit tengkuk.
Dia juga mendedahkan mengambil suntikan steroid demi mendapatkan bentuk badan yang sesuai untuk berlakon dalam filem The Original Gangster selain turut bersumpah dengan memegang al-Quran. – KOSMO! ONLINE
Aaron, Sharnaaz akhirnya berdamai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.