Persiapan majlis kahwin musnah, barang kemas RM50,000 hangus terbakar
Persiapan majlis kahwin musnah, barang kemas RM50,000 hangus terbakar

KUALA TERENGGANU: Persiapan majlis perkahwinan, termasuk wang hantaran, pakaian pengantin, gelang serta cincin dianggarkan bernilai hampir RM10,000, musnah dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tualang, Manir di sini, hari ini.
Penghuni rumah itu, Rohana Omar, 51, berkata segala persiapan telah dilakukan sejak sebulan lalu untuk majlis perkahwinan anak ketiga, Nurayuni Mohd Azmi, 23, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei depan.
“Semua persiapan sudah dibuat, termasuk tempahan pelamin dan kad jemputan, pakaian pengantin, gelang serta cincin hantaran bernilai lebih RM4 ribu. Kami hanya menunggu ketibaan hari majlis.
“Namun, kini semuanya sudah musnah. Malah, kami hanya tinggal sehelai sepinggang apabila semuanya tidak dapat diselamatkan.
“Hanya pakaian di tubuh yang tinggal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Bukan itu saja, beliau berkata, barang kemas bernilai kira-kira RM50,000 serta wang tunai RM3,000 miliknya turut hangus.
Menceritakan lanjut, Rohana yang juga seorang penjawat awam berkata, beliau menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja berhampiran Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga, kira-kira enam kilometer dari kediamannya, sekitar jam 12.50 tengah hari.
Ketika itu, katanya, beliau ternampak kepulan asap hitam yang disyaki datang dari kawasan perumahannya.
“Ketika itu, naluri saya kuat menyatakan rumah saya yang terbakar. Sebaik saja tiba, saya panik apabila mendapati hampir keseluruhan rumah sudah terbakar,” katanya.
Dalam kejadian itu, Rohana memaklumkan bahawa suami, Mohd Azmi Mat Zin, 60, turut melecur di kepala akibat terkena bahang api ketika mahu menyelamatkan kenderaan di halaman rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Katanya, anak bongsu mereka, Nur Arini Balqis, 17, dan seorang anak saudara berusia 20 berada di dalam rumah, manakala suami berada di kawasan halaman rumah ketika kejadian.
“Suami terdengar bunyi seperti benda terbakar dari dalam siling sebelum menjerit menyuruh anak dan anak saudara segera keluar menyelamatkan diri,” katanya.
Rohana berkata, mereka kerugian hampir RM300,000 selepas pelbagai barangan di dalam rumah itu hangus.
“Rumah ini dibina hasil titik peluh saya bersama suami, kira-kira 30 tahun lalu. Buat sementara waktu ini, kami akan tinggal di rumah sepupu yang belum berpenghuni,” katanya.
Mengenai majlis perkahwinan pula, Rohana berkata, beliau akan berbincang dengan anak dan keluarga bakal menantu sama ada meneruskan atau menangguhkannya.
“Kalau buat pun (majlis), ia akan secara ala kadar saja tanpa pakaian pengantin dan majlis bersanding. Yang penting ialah majlis akad nikah pada 2 Mei depan.
“Semalam baru buat majlis doa selamat, tidak sangka hari ini rumah terbakar. Saya reda dan terima dengan tenang kerana semuanya adalah ketentuan Allah SWT,” katanya.
Persiapan majlis kahwin musnah, barang kemas RM50,000 hangus terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.