Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan Ketua Cabang Lembah Pantai

Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan Ketua Cabang Lembah Pantai

Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan Ketua Cabang Lembah Pantai
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. FOTO FAIL BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil hari ini menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Lembah Pantai pada Pemilihan PKR 2025.

Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org yang turut berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Ketua Cabang untuk penggal kedua dan akan memegang jawatan itu hingga 2028.

Perebutan jawatan Timbalan dan Naib Ketua Cabang Lembah Pantai juga dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Abdullah Izhar Mohamed Yusof serta Chan Phooi Lai.

Pada 17 Mac lepas, Fahmi berkata tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan itu sehingga tempoh pencalonan tamat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Beliau turut mengesahkan bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin mengekalkan jawatan Ketua Cabang Bandar Tun Razak tanpa bertanding.

Di PAHANG, seorang lagi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Indera Mahkota.

Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabang itu, yang bermula semalam hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Pemilihan fasa satu, yang berlangsung dari 11 hingga 13 April, pula membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan AMK Pusat parti berkenaan akan diadakan pada 24 Mei ini.

 

Pemilihan PKR: Fahmi pertahan kedudukan Ketua Cabang Lembah Pantai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker