Mercedes tak perlukan Verstappen – Vowles

Mercedes tak perlukan Verstappen – Vowles

Mercedes tak perlukan Verstappen - Vowles
VERSTAPPEN masih terikat dengan Red Bull sehingga 2028. FOTO Reuters

Jeddah: Spekulasi mengenai masa depan juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen terus hangat diperkatakan namun bekas pengarah strategi Mercedes, James Vowles, memberi amaran bahawa kehadiran bintang Red Bull itu mungkin membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada pasukan Mercedes.

Vowles, kini ketua pasukan Williams yang menggunakan enjin Mercedes, berkata, beliau tidak melihat keperluan buat Mercedes untuk mengejar Verstappen meskipun pengurus pasukan Toto Wolff sebelum ini menyuarakan minat terhadap pemandu Belanda itu.

“Saya bukan Toto, tapi beliau (Wolff) sudah ada barisan pemandu yang sangat bagus untuk masa depan,” katanya ketika sesi santai bersama media di Grand Prix (GP) Arab Saudi.

“Apa yang Verstappen lakukan di Jepun sangat menakjubkan, tapi dia juga datang dengan banyak sisi negatif yang perlu diambil kira.

“Mercedes sudah ada budaya yang kuat, dengan dua pemandu yang hampir capai tahap maksimum jentera dan seorang lagi yang sedang meningkat. Saya secara peribadi rasa Verstappen bukan pilihan terbaik buat mereka.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Verstappen, yang memenangi empat kejuaraan dunia berturut-turut, masih terikat dengan Red Bull sehingga 2028 tetapi klausa keluar dalam kontraknya menjadi punca khabar angin bertiup kencang.

Media antarabangsa melaporkan Aston Martin mungkin destinasi baharu Verstappen, di mana ia akan menyatukannya semula dengan bekas pereka Red Bull, Adrian Newey, dan Honda yang akan menjadi pembekal enjin eksklusif kepada Aston pada era baharu F1 tahun depan.

Malah, akhbar Gazzetta dello Sport mendakwa Aston bersedia menawarkan US$88 juta (RM417 juta) setahun selama tiga musim kepada Verstappen hasil tajaan gergasi tenaga Arab Saudi, Aramco.

Vowles dalam masa sama menyatakan keyakinannya terhadap dua pemandu Mercedes – George Russell dan pelumba muda Itali, Kimi Antonelli, yang kini berusia 18 tahun.

“Antonelli semakin baik setiap minggu dan dia baru berlumba empat GP. Dia berada di laluan yang betul untuk menjadi sangat kompetitif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Russell pula konsisten dan anda tak boleh salahkan prestasinya musim ini.”

Hubungan antara Russell dan Verstappen juga dikatakan tegang sejak pergeseran mereka musim lalu, dan Vowles menyuarakan keraguan sekiranya mereka dipadukan dalam satu pasukan.

“Saya tak fikir ia akan menjadi kombinasi yang ideal,” katanya ringkas.

Ketika ini, Red Bull dan Verstappen berada di tangga ketiga kejuaraan selepas empat pusingan, dengan Verstappen mencatat kemenangan bergaya dari petak pertama di Suzuka, Jepun.

Mercedes tak perlukan Verstappen – Vowles

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker