Mangsa serangan gajah perlu jalani pembedahan keempat
Mangsa serangan gajah perlu jalani pembedahan keempat

KUALA KRAI: Warga emas yang parah selepas diserang gajah liar dalam kejadian di Kampung Laloh di sini ketika menoreh getah di belakang rumahnya pada 20 Mac lalu, perlu menjalani pembedahan kali keempat dalam masa terdekat ini.
Anak mangsa, Nazri Mat Husin, 46, berkata ibunya, Zainab Mat Husin, 62, perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan kerangka besi pada pergelangan tangan kanannya yang hampir putus untuk memulihkan kembali struktur tulang serta sendi tangannya yang parah selepas diserang gajah liar.
“Pada masa sama, saya turut dimaklumkan oleh doktor, besar kemungkinan mak juga akan menjalani pembedahan tampalan daging (flap) dengan mengambil isi daging pada paha kiri untuk ditampal pada paha kanannya yang terkoyak selepas tiga kali menjalani pembedahan membuang daging buruk untuk mengelak jangkitan kuman.
“Namun, ia bergantung kepada keadaan mak, jika luka itu masih belum sembuh, kemungkinan pembedahan itu terpaksa dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Nazri berkata, sudah hampir sebulan ibunya dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
“Semoga mak terus kuat dan kuat. Kami sentiasa mendoakan agar mak segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, seorang warga emas wanita parah di kedua-dua belah tangan, yang mana pergelangan tangan kanannya hampir putus dan paha kanannya terkoyak.
Dalam masa sama, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut mengalami kecederaan pada lutut kaki kanan akibat di tusuk gading gajah liar itu dalam dua kejadian berasingan di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai.
Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Perhilitan Daerah Kuala Krai terlebih dahulu menerima aduan berkaitan kejadian serangan gajah liar yang mencederakan seorang penduduk di kawasan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Beliau berkata, semasa siasatan, gajah liar itu dikatakan bertindak agresif dengan menyerang kakitangan Perhilitan menyebabkan mangsa yang berusia 40 tahun cedera pada lutut kaki kanan akibat ditusuk gading gajah liar berkenaan.
Mangsa serangan gajah perlu jalani pembedahan keempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.