Warga China maut, rakan serumah melecur dalam kebakaran

Warga China maut, rakan serumah melecur dalam kebakaran

Warga China maut, rakan serumah melecur dalam kebakaran
Lelaki warga China maut, seorang cedera dan lima selamat dalam kebakaran rumah di Taman Daya, Johor Bahru malam tadi. – Foto Bomba

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga China maut manakala seorang rakannya melecur dalam kebakaran rumah di Taman Daya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata dalam kejadian 11 malam, lelaki dikenali Wu Zhongdi, 47 ditemui maut manakala dua rakannya diselamatkan bomba.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik bomba dan polis. Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

“Kebakaran dapat dipadamkan 30 minit kemudian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam 10.54 malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Terdapat tujuh orang termasuk seorang wanita Indonesia dalam rumah tersebut yang dipercayai disewa,” katanya.

Warga China maut, rakan serumah melecur dalam kebakaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker