Bekas calon PRN Johor didakwa gelapkan wang pertubuhan RM21,000

Bekas calon PRN Johor didakwa gelapkan wang pertubuhan RM21,000

Bekas calon PRN Johor didakwa gelapkan wang pertubuhan RM21,000
Ahli perniagaan, Abdul Aziz Harun, 50, menghadapi tiga tuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM21,000 lima tahun lalu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. – NSTP/NAJMI NOR’AZAM

JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM21,000 milik sebuah pertubuhan, lima tahun lalu.

Abdul Aziz Harun, 50, yang juga bekas calon sebuah parti politik bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan tiga kertas pertuduhan itu, Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru, didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM21,000 milik pertubuhan itu.

Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Bandar Baru Permas Jaya, Jalan Permas 10/2, Bandar Baru Permas Jaya di sini, pada 9 Oktober 2020, 29 November 2021 dan 31 Disember 2021.

Bagi perbuatan terbabit, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah dengan alasan perniagaan anak guamnya kurang memberangsangkan manakala tiga anaknya masih belajar.

“Tertuduh tinggal bersama anak-anak serta ibu dan isteri. Tertuduh juga memberi kerjasama baik sepanjang siasatan kes,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mei depan bagi serahan dokumen.

Muhammad Rafique ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor Bahru sudah dibubarkan dan tertuduh tidak mempunyai jawatan dalam mana-mana parti politik ketika ini.

Bekas calon PRN Johor didakwa gelapkan wang pertubuhan RM21,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker