Ancelotti tak kisah jika dipecat
Ancelotti tak kisah jika dipecat

Madrid: Carlo Ancelotti menerima hakikat bahawa Real Madrid mungkin akan mencari pengganti dirinya sebagai ketua jurulatih selepas Arsenal menyingkirkan juara bertahan Liga Juara-Juara itu di peringkat suku akhir, awal pagi tadi.
Jurulatih dari Itali itu menyaksikan pasukannya tewas 1-2 di laman sendiri, dengan The Gunners mara ke separuh akhir menerusi agregat 5-1.
Real Madrid kini sudah mencatat kekalahan ke-12 musim ini, jauh berbeza berbanding hanya dua kekalahan sepanjang musim lalu.
“Mungkin kelab akan membuat keputusan untuk menukar jurulatih, mungkin tahun ini atau tahun depan apabila kontrak saya tamat, tiada masalah,” kata Ancelotti kepada wartawan.
“Pada hari saya meninggalkan kelab ini, saya hanya boleh mengucapkan terima kasih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Madrid kini dikaitkan dengan jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, yang juga bekas pemain Los Blancos, serta bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Ancelotti bagaimanapun berkata pasukannya masih dalam persaingan untuk merebut kejuaraan La Liga, Copa del Rey dan juga Piala Dunia Kelab musim panas ini.
“Pasukan sudah memberikan segalanya dari segi semangat juang, tetapi kami tidak mampu melakukannya.
“Sejujurnya, Arsenal bertahan dengan sangat baik, kami sukar untuk mencari ruang. Dari segi intensiti kami lebih baik, tetapi itu masih tidak mencukupi,” kata Ancelotti selepas kekalahan kepada Arsenal.
Ancelotti tak kisah jika dipecat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.