Ubah suai tangki minyak untuk seludup petrol, 2 lelaki Thai ditahan

Ubah suai tangki minyak untuk seludup petrol, 2 lelaki Thai ditahan

Ubah suai tangki minyak untuk seludup petrol, 2 lelaki Thai ditahan
Dua lelaki warga Thailand menggunakan kenderaan tempatan dan ubahsuai tangki untuk seludup minyak ditahan di ICQS Bukit Bunga. – Foto KPDN

JELI: Taktik dua lelaki Thailand menggunakan kereta tempatan yang diubahsuai tangki minyak untuk menyeludup petrol terbongkar selepas ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersepadu Ops Tiris di Bukit Bunga yang turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, pada 1.30 tengah hari.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata kedua-dua suspek ditahan ketika cuba melepasi Kompleks Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga untuk menuju Thailand dengan menggunakan kenderaan tempatan yang sudah diubah suai tangki minyaknya.

“Penahanan suspek itu dibuat susulan pemantauan dan mendapati terdapat kegiatan mencurigakan di beberapa stesen minyak sekitar kawasan terbabit.

“Pemeriksaan terhadap Proton Waja terbabit membawa penemuan sejumlah 245 liter petrol sekali gus menjadikan nilai keseluruhan rampasan melebihi RM10,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Siasatan turut mendapati suspek sudah membeli kenderaan terbabit tanpa menukar nama pemilik asal sebagai helah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa serta memudahkan kegiatan penyelewengan dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua suspek mengaku sudah terbabit dalam kegiatan menyeludup petrol sejak hampir lima bulan lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki dan berurusan dengan barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.

“KPDN turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiatkan operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan barang kawalan,” katanya.

Ubah suai tangki minyak untuk seludup petrol, 2 lelaki Thai ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker