Pengawal peribadi TYT Sabah meninggal dunia selepas 10 jam dirawat akibat nahas
Pengawal peribadi TYT Sabah meninggal dunia selepas 10 jam dirawat akibat nahas

KOTA KINABALU: Pengawal peribadi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman meninggal dunia selepas 10 jam bertarung nyawa akibat parah di kepala selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pikap di Kampung Laya-Laya, Jalan Sulaman, Tuaran, semalam.
Allahyarham Koperal Azfar Arshad, 33, pengawal peribadi Yang di-Pertua Negeri Sabah di Cawangan Keselamatan Istana Negeri, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), pada jam 5.23 pagi tadi.
Difahamkan, dalam kejadian jam 8.05 pagi semalam, Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Istana Negeri sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah pikap jenis Isuzu D-Max.
Musa dalam kenyataannya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini memaklumkan Azfar yang terbabit kemalangan kelmarin menghembuskan nafas terakhir di HQE I.
“Saya sempat menziarahi jenazah dan bertemu keluarga Allahyarham sebelum bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri upacara pengkebumian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam kenyataannya di Facebook Polis Sabah berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat pasukan khususnya warga polis Kontinjen Sabah.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Majid Al-Falah, Mengkabong, Tuaran untuk dimandikan seterusnya solat jenazah akan diadakan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mengkabong, hari ini.
Pengawal peribadi TYT Sabah meninggal dunia selepas 10 jam dirawat akibat nahas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
You must be logged in to post a comment.