Lain daripada lain, pengantin terima saham sebagai mas kahwin

Lain daripada lain, pengantin terima saham sebagai mas kahwin

Lain daripada lain, pengantin terima saham sebagai mas kahwin
Riska melangsungkan perkahwinan dengan Davis pada 8 April lalu. – Riska

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Belitang, wilayah Sumatera Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menerima pelbagai barangan berharga sebagai mas kahwin termasuk 10,000 unit saham dalam Bank Rakyat Indonesia (BRI), lapor portal berita Wolipop semalam.

Wanita bernama Riska Damayanti itu berkahwin dengan lelaki dari New Zealand, Bailey Davis pada 8 April lalu.

Dalam video perkahwinan mereka, Riska menyatakan rasa teruja kerana sudah bergelar isteri kepada Davis.

Keterangan pada hantaran tersebut menyebut beberapa barangan berharga menjadi mas kahwin pasangan tersebut.

Ia terdiri daripada sebuah rumah, wang tunai 100 juta rupiah (RM26,000), 30 gram logam adi, 10,000 unit saham BRI dan satu set barangan kemas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Majlis perkahwinan sederhana tetapi mas kahwinnya luar biasa,” kata seorang netizen.

“Patutlah tersenyum gembira, dapat 10,000 saham BRI,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Lain daripada lain, pengantin terima saham sebagai mas kahwin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker