DBKL, Imigresen laksana operasi bersepadu gempur lubuk warga asing

DBKL, Imigresen laksana operasi bersepadu gempur lubuk warga asing

DBKL, Imigresen laksana operasi bersepadu gempur lubuk warga asing
Anggota penguat kuasa DBKL bersama Jabatan Imigresen melaksanakan operasi bersepadu ke atas penjaja warga asing di sekitar ibu negara, semalam. – Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen semalam melaksanakan operasi bersepadu ke atas penjaja warga asing di sekitar ibu negara.

Operasi dilakukan ke atas premis perniagaan sekitar Lorong Haji Taib 4, Chow Kit dan Jalan Berangan, Bukit Bintang di sini.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, tindakan dibuat berdasarkan pemantauan dan risikan dijalankan pegawai penguat kuasa di sekitar kawasan itu bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan dilakukan.

“Sebanyak 15 kes sitaan dilaksanakan serta-merta hasil daripada operasi dijalankan di bawah UUK Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Sebanyak 13 tindakan dilaksanakan ke atas warga asing dan dua lagi tindakan membabitkan penjaja warga negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“DBKL juga turut mengeluarkan dua notis tawaran kompaun ke atas premis yang menggajikan warga asing di bawah UUK Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Selain itu, katanya, seramai 41 orang warga asing dengan 30 daripadanya lelaki dan 11 lagi wanita dibawa oleh Jabatan Imigresen ke Ibu Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi tindakan dokumentasi dan rekod.

“Semua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Katanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

DBKL, Imigresen laksana operasi bersepadu gempur lubuk warga asing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker