Tun Abdullah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’
Tun Abdullah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’

PETALING JAYA – Kerajaan memutuskan untuk memberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’, kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada esok.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan berkata, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi bagi pengurusan jenazah.
“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara,” kata kenyataan itu.
JPM turut mengingatkan, pakaian bagi pelawat lelaki beragama Islam adalah baju Kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak serta bersongkok hitam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Bagi pelawat bukan Islam adalah ‘lounge suit’ gelap. Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai.
“Pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung atau kebaya labuh warna gelap dengan selendang atau tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih. Pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” jelas JPM.
Dalam kenyataan sama, JPM memaklumkan, semua bangunan di dalam jarak radius dua kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai Istiadat Pengebumian.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam akibat masalah pernafasan. – KOSMO! ONLINE
Tun Abdullah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.