Van Dijk beri bayangan kekal di Liverpool
Van Dijk beri bayangan kekal di Liverpool

Liverpool: Virgil van Dijk meluahkan rasa cintanya terhadap Liverpool dan rasa bangganya menjadi ketua pasukan kelab itu, sambil memberi bayangan akan menyambung kontraknya selepas menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan ketika menewaskan West Ham 2-1.
Kontrak semasa pemain Belanda itu akan tamat pada penghujung musim ini, namun laporan menyatakan dia hampir menyertai Mohamed Salah untuk menandatangani kontrak baharu.
Van Dijk mungkin tidak berada pada prestasi terbaik di benteng pertahanan apabila gandingannya bersama Andy Robertson tidak menjadi hingga menghadiahkan gol penyamaan kepada West Ham empat minit sebelum tamat perlawanan.
Namun dia segera menebus kesilapan itu dengan menanduk masuk sepakan penjuru Alexis Mac Allister, sekali gus memberikan kelebihan 13 mata kepada Liverpool di puncak carta liga.
Liverpool kini hanya memerlukan maksimum enam mata daripada enam perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan, dan mereka boleh mengesahkannya seawal hujung minggu depan jika keputusan memihak kepada mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Saya sangat bangga dapat menjadi kapten Liverpool untuk kali ke-100,” kata Van Dijk kepada Sky Sports ketika ditanya mengenai masa depannya.
“Fokus utama saya adalah mendapatkan tiga mata dan selangkah lebih dekat dengan impian kami. Bukan hanya kami sebagai pemain dan staf, tetapi juga semua yang terbabit dengan Liverpool FC.
“Semua orang tahu saya cintakan kelab ini dan kita tengok bagaimana minggu depan nanti,” katanya lagi.
Salah pula menggalakkan rakan sepasukannya itu untuk terus kekal di Anfield selepas menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dengan bersetuju menandatangani kontrak baharu selama dua tahun.
Van Dijk beri bayangan kekal di Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.