Slot puji mentaliti pemain Liverpool

Slot puji mentaliti pemain Liverpool

Slot puji mentaliti pemain Liverpool
VAN Dijk menjaringkan gol kedua Liverpool di Anfield. FOTO Reuters

Liverpool, England: Liverpool terpaksa bekerja keras sebelum menang 2-1 ke atas West Ham United malam semalam tetapi pemain menunjukkan mentaliti luar biasa apabila bangkit semula selepas dibolosi gol penyamaan lewat untuk memastikan tiga mata penuh, kata pengurus Arne Slot.

Selepas Luis Diaz membuka jaringan, West Ham mula menguasai permainan dan menyamakan kedudukan pada minit ke-86 hasil jaringan sendiri Andy Robertson sebelum kapten Virgil van Dijk menanduk masuk gol kemenangan tiga minit kemudian.

Dengan kelebihan 13 mata di hadapan pasukan di tangga kedua, Arsenal, Liverpool hanya memerlukan dua lagi kemenangan daripada enam perlawanan terakhir untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kedua dan trofi pertama di bawah Slot selepas tewas pada final Piala Liga bulan lalu.

“Itulah yang kami lakukan sepanjang musim. Selepas kecewa disingkirkan PSG (dalam Liga Juara-Juara), kami bangkit semula, tunjukkan l setiap tiga hari, dengan mentaliti sebegini,” kata Slot kepada Sky Sports.

“Kami tidak menang perlawanan dengan cara mudah. Cara mudah ialah mengawal bola, menghantar lima kali sesama pemain dan jaringkan satu gol, kemudian gol seterusnya dan seterusnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Jika kami capai sesuatu tahun ini, ia terutamanya kerana mentaliti yang ditunjukkan oleh pemain. Dan itulah yang anda lihat hari ini juga.”

Liverpool hanya tewas dua perlawanan liga musim ini, dengan kekalahan kedua berlaku hujung minggu lalu kepada Fulham.

Slot berkata, beliau bimbang pasukannya akan tercicir mata sekali lagi apabila West Ham semakin menyerlah pada separuh masa kedua dan memuji penjaga gol Alisson kerana menyelamatkan beberapa percubaan penting untuk mengekalkan Liverpool dalam saingan.

“Separuh masa kedua yang sangat sukar, kami perlukan Alisson kerana (Lucas) Paqueta dan (Mohammed) Kudus memang hebat sepanjang permainan,” kata Slot.

“Kemudian kami bolos melalui gol sendiri. Berapa banyak lagi kekecewaan yang boleh ditanggung selepas apa yang berlaku minggu lepas? Mendapatkan gol melalui Virgil menunjukkan betapa kuatnya mentaliti para pemain ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?


“Bukan kami sahaja. Saya nampak keputusan perlawanan apabila saya masuk, Chelsea dengan Ipswich, 2-2. Tiada sesiapa yang menang perlawanan dengan mudah kerana liga ini kini sangat kompetitif. Anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan.”

Slot puji mentaliti pemain Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker