Selepas dibelasah Newcastle, Amorim fokus Liga Europa
Selepas dibelasah Newcastle, Amorim fokus Liga Europa

Newcastle, England: Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim menegaskan beliau akur dan faham dengan kritikan dilemparkan terhadap dirinya dan pasukan selepas satu lagi kekalahan memalukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Newcastle United awal pagi tadi.
Skuad Amorim tewas 1-4 yang juga kekalahan ke-14 dalam saingan liga musim ini sekali gus menyamai jumlah kekalahan sepanjang kempen 2023-2024
United mempamerkan beberapa gerakan menarik di St James’ Park, namun dua gol daripada Harvey Barnes hasil pertahanan longgar menyebabkan mereka terus merosot ke tangga ke-14 dengan hanya enam perlawanan berbaki.
“Saya faham (kritikan) tetapi saya tidak peduli,” kata Amorim. “Tiada apa yang lebih buruk daripada kalah perlawanan. Orang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Saya tidak mahu pertahankan diri atau apa-apa. Jika anda lihat kedudukan kami dalam liga, itu sudah cukup menjelaskan semuanya.
“Apabila kami bolos gol kedua pada permulaan separuh masa kedua, kami seperti hilang semangat. Kami sepatutnya perlu lebih kuat dalam situasi itu. Kami perlu kawal keadaan dan perbaiki banyak perkara dan kedudukan kami mencerminkan prestasi musim ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Ketika kelab semakin hampir dengan pencapaian mata terburuk dalam sejarah mereka, Amorim membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utamanya, dengan aksi timbal balik suku akhir Liga Europa menentang Olympique Lyonnais pada Jumaat bakal menjadi tumpuan utama.
Satu perubahan ketara apabila penjaga gol utama, Andre Onana, tidak tersenarai dalam skuad dan Altay Bayindir diberi peluang membuat penampilan sulung di EPL.
Namun, penjaga gol antarabangsa Turkiye itu bergelut, dan kesilapannya menghadiahkan gol keempat kepada Newcastle.
“Walaupun kami turunkan kesebelasan berbeza, kami tak tahu keputusannya,” tambah Amorim. “Tapi kami terpaksa buat pilihan, kami baru bermain tiga hari lepas.
“Kami akan analisis perlawanan ini dan perlu fokus perlawanan seterusnya. Kami tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Perlawanan Jumaat sangat penting untuk kami, jadi fokus kini untuk bermain dengan lebih baik dan menang.”
Selepas dibelasah Newcastle, Amorim fokus Liga Europa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.