Polis giat buru saki baki suspek kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar
Polis giat buru saki baki suspek kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar

KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang giat memburu saki baki suspek yang dipercayai terbabit kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar di Taman Sepadu Jaya di Tasek Gelugor, dekat sini pada insiden 7 Mac lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata siasatan kes itu mengambil masa agak lama kerana ia menarik perhatian ramai namun memberi jaminan ia akan dibawa ke tengah dalam masa terdekat.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dibuat tetapi polis mengenal pasti beberapa suspek termasuk dua lelaki warga asing dan empat lelaki tempatan.
“Kesemua suspek ini berada di luar Pulau Pinang yang mana usaha masih diteruskan dengan bantuan Bukit Aman untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit,” katanya ketika ditanya berhubung perkembangan kes berkenaan.
Hamzah ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Berdasarkan siasatan kejadian berpunca angkara dendam membabitkan perselisihan lama antara mangsa dan keluarganya di negeri ini serta negara asal mereka.
Pada 7 Mac lalu, seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di Tasek Gelugor.
Kejadian jam 3.20 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak.
Mangsa yang juga pengurus restoran nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum tiba-tiba bertindak menyerangnya.
Polis giat buru saki baki suspek kes bunuh pengurus restoran nasi kandar warga Myanmar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.