Newcastle ‘buli’ Man United 4-1

Newcastle ‘buli’ Man United 4-1

Newcastle 'buli' Man United 4-1
BRUNO Fernandes (kiri) dilihat kecewa selepas pemain Newcastle United, Bruno Guimaraes menjaringkan gol keempat. FOTO REUTERS

Newcastle: Harvey Barnes menjaringkan dua gol ketika Newcastle membelasah Manchester United 4-1, sekali gus melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Newcastle turun tanpa pengurus Eddie Howe, yang dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu selepas beberapa hari tidak sihat.

Namun, Barnes memberikan motivasi buat Howe apabila dua jaringannya di separuh masa kedua di St James’ Park mengukuhkan usaha Newcastle untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Dengan pembantu Howe, Jason Tindall dan Graeme Jones, mengendalikan pasukan juara Piala Liga itu, Sandro Tonali meletakkan Newcastle di hadapan sebelum Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan lewat babak pertama.

Barnes mencuri tumpuan selepas rehat, menjadi pemain Newcastle pertama yang menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan liga menentang United sejak Alan Shearer pada tahun 2000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Bruno Guimaraes pula menghukum kesilapan penjaga gol United, Altay Bayindir – yang diturunkan menggantikan Andre Onana – bagi melengkapkan kemenangan empat gol Newcastle ke atas United buat kali pertama sejak 2001.

Dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan lima teratas, Newcastle kini hanya satu mata di belakang Nottingham Forest yang berada di tangga ketiga.

Mereka juga memiliki satu perlawanan dalam tangan berbanding Forest, serta Manchester City di tempat kelima dan Chelsea di tempat keenam, yang kedua-duanya dua mata di belakang Newcastle.

United kini melalui empat perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan, menyaksikan mereka terperosok di tangga ke-14 dengan hanya enam perlawanan berbaki untuk mengelakkan kedudukan terburuk sejak musim 1973-74, ketika mereka menduduki tempat ke-21 dan tersingkir.

 

Newcastle ‘buli’ Man United 4-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker