Maresca akur ejekan penyokong Chelsea

Maresca akur ejekan penyokong Chelsea

Maresca akur ejekan penyokong Chelsea
REAKSI kecewa pemain Chelsea Enzo Fernandez selepas tamat aksi menentang Ipswich. FOTO Reuters

London: Enzo Maresca menegaskan beliau enggan merayu sokongan daripada penyokong Chelsea yang kecewa apabila pasukannya yang bergelut sekali lagi diejek selepas seri 2-2 menentang Ipswich, malam semalam.

Pengurus Chelsea itu dan pemainnya diejek ketika rehat dengan Chelsea ketinggalan 0-2 kepada Ipswich, yang kini di tangga ketiga tercorot liga.

Chelsea menguasai 20 minit pertama permainan, namun dikejutkan apabila Julio Enciso menyempurnakan hantaran lintang Ben Johnson.

Johnson kemudian menanduk masuk hantaran silang Enciso untuk menggandakan kelebihan Ipswich dan mencetuskan suasana tidak puas hati di Stamford Bridge.

Gol kedua Ipswich berpunca daripada tindakan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, yang mengabaikan pendekatan permainan dari bawah yang menjadi keutamaan Maresca, sebaliknya memilih untuk menghantar bola jauh, tindakan yang menyebabkan serangan balas oleh Ipswich.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25

Walaupun Chelsea bangkit menerusi gol sendiri Axel Tuanzebe dan jaringan hebat lewat permainan oleh Jadon Sancho, keputusan seri itu tidak banyak membantu usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Chelsea kini di tangga keenam, satu mata di belakang Manchester City yang berada di tempat kelima, dengan enam perlawanan berbaki dalam saingan untuk menamatkan musim di lima teratas dan layak ke UCL.

Maresca membayangkan kekecewaan penyokong terhadap gaya permainan perlahan Chelsea menyebabkan Sanchez tergesa-gesa membuat hantaran yang membawa kepada gol kedua Ipswich.

“Kami adalah pasukan yang kebanyakannya bermain pendek semasa sepakan gol,” kata Maresca, yang sebelum ini pernah berkata beliau tidak teragak-agak untuk menggantikan pemain yang tidak mematuhi arahannya untuk membina serangan dari bawah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?


“Gol kedua, kami pilih untuk main jauh disebabkan suasana sekeliling dan akhirnya kami dibolosi. Kami bolos apabila pemain buat keputusan untuk main bola jauh, tetapi kadang-kadang main jauh pun tak semestinya beri kawalan permainan. Gol kedua itu bukti.”

Bukan kali pertama dalam musim pertama yang sukar buat Maresca, sorakan tidak puas hati kedengaran dari tempat duduk penyokong ketika aksi tidak menentu Chelsea.

Chelsea masih berpeluang layak ke UCL dan memiliki kelebihan 3-0 selepas perlawanan pertama menentang Legia Warsaw dalam suku akhir Liga Konferensi Eropah UEFA.

Pengendali dari Itali itu tidak akan merayu secara terbuka kepada penyokong Chelsea supaya terus menyokong pasukan, namun mengakui ia akan banyak membantu peluang mereka.

“Kami lebih kuat dengan sokongan penyokong tapi ia terserah kepada mereka untuk tentukan cara mereka. Bila kami ketinggalan 0-1, 0-2, adalah normal untuk mereka bertindak begitu,” katanya.

Maresca akur ejekan penyokong Chelsea

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker