Pegawai imigresen cedera dirempuh warga asing dalam operasi bersepadu

Pegawai imigresen cedera dirempuh warga asing dalam operasi bersepadu

Pegawai imigresen cedera dirempuh warga asing dalam operasi bersepadu
ANTARA 148 pekerja warga asing yang ditahan ketika operasi di dua lokasi sekitar Taman Johor Jaya dan Eco Galleria. FOTO Omar Ahmad.

Iskandar Puteri: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor cedera selepas dirempuh warga asing yang cuba melarikan diri dalam operasi bersepadu di penempatan pekerja di Eco Galleria di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Johor (Kawalan), Nor Faizal Rahim berkata, kejadian berlaku pada 1 pagi ketika serbuan yang mengejutkan kumpulan pekerja asing itu.

“Mangsa mengalami patah tulang keting kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui.

Menurut Nor Faizal, seramai 148 pekerja asing ditahan dalam dua operasi berasingan di lot pembinaan Taman Johor Jaya dan Eco Galleria di Iskandar Puteri.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, Bangladesh, China, Pakistan, Nepal dan India, malah turut membabitkan wanita dan kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen sah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Menurutnya, tahanan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c), manakala mereka dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu itu membabitkan seramai 120 anggota penguat kuasa termasuk Bahagian Operasi Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai imigresen cedera dirempuh warga asing dalam operasi bersepadu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker