Gol sendiri bantu kemenangan Barca

Gol sendiri bantu kemenangan Barca

Gol sendiri bantu kemenangan Barca
LEWANDOWSKI gembira selepas Saenz tertampan bola ke gawang sendiri. FOTO AFP

Leganés, Sepanyol: Barcelona memerlukan bantuan gol sendiri daripada Jorge Saenz untuk menewaskan Leganes 1-0 sekali gus melebarkan jurang kepada tujuh mata di hadapan Real Madrid, awal pagi tadi.

Juara bertahan La Liga yang berada di tempat kedua, Madrid akan menentang Alaves malam ini dan perlu mengejar semula selepas skuad bimbingan Hansi Flick mencatat kemenangan tipis tetapi berharga di gelanggang lawan.

Gergasi Catalan itu sedang berjuang untuk memburu empat piala musim ini dan mengambil satu lagi langkah dalam memburu kejuaraan liga di Stadium Butarque.

“Semangat juang dan mentaliti yang ditunjukkan pasukan hari ini sangat hebat,” kata Flick, selepas pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 4-0 dalam suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis.

“(Madrid) ada perlawanan esok (hari ini) tetapi kami hanya fokus pada diri sendiri. Tiga mata sangat bagus dan ini minggu cemerlang buat kami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Walaupun persembahan Barca kurang bergaya dan tidak setajam biasa di hadapan gol, pemain tetap meraikan kemenangan dengan penuh semangat di penghujung perlawanan. Apa yang penting dalam perlawanan sebegini adalah tiga mata,” kata pertahanan Barca, Eric Garcia kepada DAZN.

“Saya rasa inilah jenis perlawanan yang menentukan kejuaraan liga. Kami di tangga teratas, tempat yang kami mahu berada, dan hari ini kami berjaya menjarakkan lagi kedudukan.”

Barcelona tewas 0-1 kepada Leganes di laman sendiri pada Disember lalu ketika melalui fasa kejatuhan prestasi, namun sejak memasuki 2025 mereka bangkit dan kini tidak tewas dalam 24 perlawanan berturut-turut.

Leganes bermain dengan corak bertahan dan cuba mengganggu rentak permainan seperti mereka lakukan pada pertemuan pertama, termasuk dengan kekasaran taktikal dan melengahkan masa.

Walaupun Flick menurunkan barisan terkuat, Barcelona sukar mencipta peluang berbahaya dan tuan rumah pula memiliki peluang terbaik dalam separuh masa pertama yang hambar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Kemasukan Frenkie de Jong menggantikan Ronald Araujo pada separuh masa kedua menambahkan sedikit ketajaman jentera serangan Barca yang akhirnya dihadiahkan kemenangan oleh Saenz yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Gol sendiri bantu kemenangan Barca

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker