De Bruyne tiada pengganti
De Bruyne tiada pengganti

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji sumbangan Kevin De Bruyne selepas pemain tengah itu menjadi inspirasi dalam kemenangan mendebarkan 5-2 ke atas Crystal Palace, semalam.
Bintang Belgium itu yang mengesahkan minggu lalu bakal meninggalkan City pada penghujung musim ini, mempamerkan aksi klasik apabila menjaringkan satu sepakan percuma menarik dan mencipta bantuan gol untuk Mateo Kovacic ketika City bangkit selepas ketinggalan 0-2
Guardiola tidak dapat menyembunyikan kekagumannya terhadap pemain berusia 33 tahun itu dengan menyifatkannya sebagai “luar biasa” dan tidak dapat diganti.
“Dengan bola, dia begitu bijak. Gol, bantuan gol dan dia banyak membantu kami untuk menang hari ini,” kata Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan.
De Bruyne yang kelihatan emosi selepas wisel penamat, mengakui beliau dan keluarganya kini berdepan masa depan yang tidak pasti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Walaupun terdapat spekulasi mengaitkannya dengan perpindahan ke Major League Soccer atau Liga Pro Saudi, pemain tengah itu menyatakan belum ada keputusan muktamad yang dibuat.
“Saya berada di sini begitu lama. Keluarga saya tinggal di sini selama 10 tahun. Anak-anak saya lahir di Manchester—itulah satu-satunya tempat yang mereka kenal,” kata De Bruyne.
“Perkara ini akan jadi berbeza. Mereka agak takut kerana kami tidak tahu apa yang akan berlaku, tetapi saya mahu terus menikmati bola sepak seperti saya lakukan hari ini.”
Sepanjang sedekad di Etihad, De Bruyne membina legasi sukar ditandingi. Dengan 71 gol dan 121 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dia antara pemain tengah terbaik dalam sejarah liga.
De Bruyne pernah menyamai rekod Thierry Henry dengan jumlah bantuan gol terbanyak dalam satu musim (20) pada musim 2019–20.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Kreativiti dan visi De Bruyne menjadi penggerak utama kejayaan City di bawah Guardiola, termasuk beberapa kejuaraan EPL.
Walaupun pemain muda berusia 21 tahun, James McAtee mencuri tumpuan dengan satu gol menentang Palace, Guardiola meminta penyokong dan media agar tidak membuat perbandingan awal dengan De Bruyne.
“Tiada siapa yang boleh buat apa yang Kevin lakukan,” katanya. “Saya tidak mahu beri tekanan walau sesaat pun kepada Macca. Dia ada bakat, tetapi legasi Kevin berada di tahap yang lain.”
Guardiola mengakui potensi McAtee dan memuji nalurinya di kawasan serangan, namun menegaskan untuk membina pemain tengah sehebat De Bruyne memerlukan masa dan kesabaran.
Dengan kemenangan ke atas Palace, Manchester City mendaki tangga keempat dalam carta EPL manakala Crystal Palace pula kekal di pertengahan liga, di tempat ke-11.
Kedua-dua kelab juga bakal beraksi dalam separuh akhir Piala FA, dan prestasi semasa De Bruyne mungkin menjadi kunci utama jika City mahu menambah lagi koleksi trofi sebelum perpisahannya.
De Bruyne tiada pengganti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.