Arnautovic wira Inter Milan
Arnautovic wira Inter Milan

Milan, Itali: Marko Arnautovic membantu Inter Milan menjarakkan jurang kepada enam mata di puncak Serie A menerusi satu gol dan satu bantuan jaringan ketika menang 3-1 ke atas Cagliari, awal pagi tadi.
Menggantikan Marcus Thuram dengan jurulatih Simone Inzaghi lebih menumpukan perhatian kepada aksi timbal balik suku akhir menentang Bayern pada Khamis, Arnautovic meledak gol pembukaan untuk juara bertahan Inter pada minit ke-13.
Pemain antarabangsa Austria itu kemudian memberikan hantaran leret sempurna 13 minit kemudian untuk Lautaro Martinez, yang menyudahkan dengan tenang bagi menjaringkan gol ke-20 musim ini dalam semua pertandingan.
Tandukan padu Yann Bisseck pada minit ke-55 memastikan Inter mengutip tiga mata penuh di San Siro, selepas Roberto Piccoli merapatkan kedudukan buat Cagliari yang berada di tangga ke-15 sejurus selepas separuh masa.
Inter kini menunggu keputusan perlawanan Napoli, pencabar terdekat mereka, yang akan menentang Empoli di laman sendiri pada awal pagi Selasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Pada masa sama, tumpuan penuh akan beralih kepada Bayern, yang mereka dahului 2-1 selepas perlawanan pertama di Jerman pada Rabu lalu.
“Kami akan harungi perlawanan itu dengan penuh keyakinan walaupun tahu akan berdepan salah satu daripada tiga atau empat pasukan terbaik dunia,” kata Inzaghi.
“Kami perlu ulangi rentak, agresif dan organisasi yang kami tunjukkan dalam perlawanan pertama.”
Arnautovic sebelum ini hanya memainkan peranan sampingan di Inter tetapi memberi impak dalam beberapa minggu kebelakangan ini dengan gol-gol penting, termasuk yang kelima dalam 10 penampilan terakhirnya bersama kelab.
Pasukan bimbingan Inzaghi kini memburu treble – Serie A, Liga Juara-Juara dan Piala Itali yang pernah mereka menangi di bawah Jose Mourinho 15 tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Arnautovic, 35, pernah dipinjamkan ke Inter dari FC Twente ketika mereka menewaskan Bayern untuk menjuarai Liga Juara-Juara pada 2010, tetapi katanya “ketika itu saya lebih seperti seorang penyokong yang bersorak untuk pasukan”.
“Sudah tentu kami percaya kami boleh menang treble kerana kami adalah Inter, tetapi masih jauh lagi perjalanan,” kata Arnautovic, yang hanya bermain tiga kali untuk Inter di bawah Mourinho.
Arnautovic wira Inter Milan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.