Stesen minyak didenda RM22,000 kendali jentera tanpa sijil perakuan sah

Stesen minyak didenda RM22,000 kendali jentera tanpa sijil perakuan sah

Stesen minyak didenda RM22,000 kendali jentera tanpa sijil perakuan sah
Penguatkuasa JKKP membantu kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 27D(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

BUTTERWORTH: Sebuah syarikat stesen minyak didenda RM22,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini kerana mengendalikan satu jentera tanpa mempunyai sijil perakuan yang sah sejak tahun lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa majikan terbabit dari Syarikat YL Petroleum Sdn Bhd yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah dihadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Syarikat berkenaan dilaporkan melakukan kesalahan terbabit ketika sepasukan pegawai dari JKKP negeri menjalankan pemeriksaan di sebuah stesen minyak dekat Batu Kawan, baru-baru ini sebelum mendapati jentera jenis ‘Air Tank’ yang digunakan tidak mempunyai sijil perakuan (CF) yang sah.

Menurut JKKP, kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 27D(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Sementara itu, di mahkamah sama, sebuah syarikat pembuatan didenda RM55,000 kerana sebagai majikan gagal membuat perkiraan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjanya dengan memasang pengadang yang kukuh di bahagian jentera berbahaya.

Akibatnya, seorang pekerja syarikat itu dilaporkan mengalami kecederaan serius pada jari kelingking kanan dalam insiden pada 4 Oktober tahun lalu.

Syarikat berkenaan yang diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

 

Stesen minyak didenda RM22,000 kendali jentera tanpa sijil perakuan sah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker