Pusat jagaan Rumah Pelangi ditutup, kanak-kanak diselamat – KPWKM
Pusat jagaan Rumah Pelangi ditutup, kanak-kanak diselamat – KPWKM

KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat mengeluarkan perintah penutupan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi (Rainbow Home) dan kesemua kanak-kanak yang berada di pusat jagaan itu sudah diselamatkan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata seramai 18 orang kanak-kanak, terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan juga dibawa ke Hospital Kajang untik menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke PKMD Hulu Langat untuk proses saringan awal.
Katanya, pihak kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil langkah susulan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
“Satu pemeriksaan dijalankan oleh Pegawai Diberi Kuasa (PBDK), JKM Negeri Selangor, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) D11, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.
“Susulan pemeriksaan itu, dua orang penjaga premis diminta hadir ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut. Sebagai langkah awal, pihak PKMD Hulu Langat mengeluarkan perintah penutupan premis dan semua kanak-kanak yang berada di pusat jagaan itu sudah diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
KPWKM berkata, pihak JKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui mengenai kes penderaan boleh terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke PKMD yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera.
Pusat jagaan Rumah Pelangi ditutup, kanak-kanak diselamat – KPWKM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.