Proses pengesanan cap jari pada pistol tiruan tidak perlu – Saksi
Proses pengesanan cap jari pada pistol tiruan tidak perlu – Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, diberitahu bahawa tiada kaedah pengesanan cap jari dilakukan pada pistol tiruan yang ditemui dalam kereta bekas pembantu penyelidik Muhammed Yusoff Rawther, pada September tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan Pegawai Penyiasat, Inspektor Aiman Mohd Suhaimi dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam keterangan terhadap Muhammed Yusoff yang didakwa memiliki dua pistol tiruan.
Saksi pendakwaan ke-12 itu ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman, berkata, kebiasaannya bagi kes penemuan senjata api atau tiruan, barang kes hendaklah diperiksa menggunakan teknik finger dusting oleh pegawai forensik.
Beliau berkata, bagaimanapun hasil semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, kereta terbabit didaftarkan atas nama tertuduh.
“Memandangkan barang kes yang menyalahi undang-undang ditemui dalam kereta jenis Nissan Teana milik tertuduh, malah suspek yang ditangkap adalah orang yang sama, maka proses pengesanan cap jari tidak perlu dilakukan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Bagaimanapun, ketika disoal oleh peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan bahawa besar kemungkinan beliau tidak akan menemui cap jari Muhammed Yusoff jika menjalankan kaedah pengesanan cap jari.
Saksi itu berkata, pemeriksaan sama juga tidak dilakukan pada keempat-empat pintu kereta jenis Nissan Teana berwarna biru gelap milik Muhammed Yusoff.
Beliau bersetuju cadangan peguam itu bahawa, permukaan yang rata pada barang kes termasuk senjata itu akan memudahkan proses pemeriksaan sekiranya ia dilakukan sejurus serbuan dibuat.
Muhammed Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) pada 10.15 pagi, 6 September 2024.
Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
Beliau juga didakwa atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, tarikh sama.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Aiman berkata, kereta Nissan Teana milik Muhammed Yusoff dalam keadaan berkunci ketika polis membuat serbuan dan memeriksa kenderaan itu sebelum menjumpai dua pistol tiruan dan dadah.
Ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan, saksi itu berkata, kereta dengan nombor pendaftaran PMH 6391, yang diparkir di tepi jalan berhampiran sebuah kondominum di Bukit Kiara di sini, tidak diakses oleh individu lain.
Beliau berkata, cubaan untuk membuka pintu kereta itu tidak akan berlaku.
“Dapatan polis selepas siasatan dijalankan, tiada kerosakan berlaku pada kenderaan itu dan kereta juga berada dalam keadaan berkunci sehingga serbuan dijalankan pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024,” katanya.
Saksi itu turut bersetuju dengan pendakwaan bahawa tiada mana-mana keterangan menunjukkan terdapat peralatan elektronik telah digunakan oleh individu lain untuk membuka pintu dan meletak ‘barang salah’ dalam kenderaan itu.
Menurut Aiman, tertuduh sendiri dalam rakaman percakapannya menyatakan dia mempunyai kesukaran untuk membuka pintu kereta walaupun berkali-kali menekan alat kawalan jauh kenderaan itu ketika serbuan dilakukan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 28 April ini.
Proses pengesanan cap jari pada pistol tiruan tidak perlu – Saksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.