Hanya 30 minit, bomba padam kebakaran terbuka belakang Hospital Baling

Hanya 30 minit, bomba padam kebakaran terbuka belakang Hospital Baling

Hanya 30 minit, bomba padam kebakaran terbuka belakang Hospital Baling

BALING: Tindakan individu yang melakukan pembakaran terbuka tanpa dikawal di belakang Hospital Baling menyebabkan api merebak dan mengundang bahaya serta berisiko kepada pesakit di hospital berkenaan.

Ini berikutan asap tebal akibat kebakaran itu boleh mengundang bahaya terutama pesakit kanak-kanak atau bayi yang baru lahir.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling memadam kebakaran itu berjaya meredakan keadaan.

Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 2 petang.

Hanya 30 minit, bomba padam kebakaran terbuka belakang Hospital Baling
Anggota bomba menggunakan pemerap api untuk memadamkan kebakaran di belakang Hospital Baling. – Foto NSTP/Ihsan BOMBA

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Mohd Afirul Md Nasir bersama enam anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Pihak Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadam kebakaran itu di kawasan lapang seluas hampir 100 meter itu menggunakan pemerap api.

“Pihak kami dimaklumkan, pembakaran terbuka itu dipercayai dilakukan oleh warga asing yang kemudian melarikan diri selepas mendapati api terus merebak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dillaporkan dalam kejadian itu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengawal pembakaran terbuka dan tidak membiarkannya sehingga berlaku kebakaran besar yang boleh membahayakan orang lain.

“Tindakan mereka boleh mengundang bahaya dan boleh diambil tindakan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya.

Hanya 30 minit, bomba padam kebakaran terbuka belakang Hospital Baling


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker