Arahan pengosongan tanah rizab tapak masjid di Sepang sudah dibuat sejak 2007 – JAIS

Arahan pengosongan tanah rizab tapak masjid di Sepang sudah dibuat sejak 2007 – JAIS

Arahan pengosongan tanah rizab tapak masjid di Sepang sudah dibuat sejak 2007 - JAIS
Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melawat tapak yang digazetkan sebagai tapak masjid dijadikan sebagai kawasan penternakan lembu. Foto NSTP.

SHAH ALAM : Tidak wujud isu pencerobohan tanah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti didakwa kerana pihak yang menduduki tanah itu sudah dipindahkan dari Ladang Galloway bagi projek pembangunan Cyberjaya.

Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, rekod menunjukkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang sudah memberi penempatan baru bagi aktiviti penternakan lembu ke tanah rizab Sungai Langat dan mendapat status menduduki sementara (TOL).

“Pada 2007, kerajaan negeri mengarahkan pengosongan tanah oleh pihak terbabit bagi tujuan rizab masjid dan berlaku tuntutan pampasan oleh mereka atas arahan pengosongan tapak.

“Pada 2011, kerajaan negeri mewartakan tanah dengan keluasan 4.04 hektar bagi tujuan pembinaan masjid dan sebahagian dari tanah terbabit adalah tanah rizab Sungai Langat yang diusahakan oleh pihak terbabit tanpa mengeluarkan mereka yang menduduki tanah.

“Sejak awal pewartaan dibuat terhadap tanah bagi tujuan pembinaan masjid, JAIS menganggap tanah itu adalah kosong daripada sebarang aktiviti dan pembinaan bangunan atau premis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Bagaimanapun, pada tahun lalu JAIS mengesan wujud aktiviti dan pembinaan bangunan di atas tanah yang diluluskan bagi pembinaan sebuah masjid yang akan dimulakan pada 2026.

“Sehubungan itu, JAIS mengeluarkan surat bertarikh 10 September 2024 untuk PDT Sepang mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi pengosongan tanah.

“Dengan tindakan ini, JAIS berpandangan, laporan polis tidak perlu dibuat kerana PDT Sepang mempunyai kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 untuk menguatkuasakan pengosongan tanah kerana wujud aktiviti dan pembinaan bangunan atau premis tanpa mendapat kebenaran daripada JAIS.

“Namun, JAIS akui tiada tindakan susulan diambil oleh PDT terhadap surat dari JAIS,” katanya.

Beliau menjelaskan, memandangkan perkara itu membabitkan pencerobohan yang serius dan selaras dengan titah Sultan Selangor bahawa tanah di bawah kawalan JAIS hendaklah bersih dari sebarang pencerobohan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Jadi, JAIS akan bekerjasama dengan PDT Sepang untuk memastikan tindakan bagi pengosongan tanah di tapak pembangunan masjid Dengkil dibuat dalam tempoh satu bulan.

“JAIS akan terus memastikan bahawa tiada sebarang bentuk pencerobohan terhadap mana-mana tanah di bawah kawalannya dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika ianya berlaku.

“Semua tanah warta JAIS akan diperiksa semula dalam tempoh satu bulan akan datang untuk memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, JAIS akan bekerjasama dengan PDT dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam perkara ini.

“Orang awam atau pihak-pihak yang mengetahui sebarang bentuk pencerobohan terhadap tanah di bawah kawalan JAIS juga diminta terus menyalurkan maklumat kepada JAIS atau Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah atau menghubungi talian hotline Penguatkuasa JAIS 1-800-88-2424 untuk perhatian dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Arahan pengosongan tanah rizab tapak masjid di Sepang sudah dibuat sejak 2007 – JAIS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker