Sainz berisiko didenda lagi lepas ‘terlepas cakap’ di Bahrain
Sainz berisiko didenda lagi lepas ‘terlepas cakap’ di Bahrain

Sakhir: Carlos Sainz berdepan kemungkinan didenda sekali lagi selepas mengeluarkan kata-kata kesat ketika mempertahankan kelewatannya ke upacara lagu kebangsaan di Grand Prix (GP) Jepun minggu lalu yang mengakibatkan didenda €10,000 (RM52,000).
Pelumba Williams itu sebelum ini dikenakan denda sebanyak €20,000 (RM99,000), dengan separuh daripadanya digantung, susulan ‘masalah perut’ yang menyebabkan dia gagal tiba tepat pada masanya ke majlis rasmi sebelum perlumbaan bermula di Litar Suzuka.
Namun pada sidang media anjuran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di GP Bahrain semalam, Sainz secara bersahaja berkata: “Saya tak tahu kalau saya akan didenda lagi kerana cakap macam ini, tapi benda nak jadi… nak buat macam mana.”
Kenyataan itu mengundang perhatian wakil FIA yang turut berada di bilik sidang media dan kes berkenaan kini sedang dinilai serta dijangka dirujuk kepada steward hari ini
FIA di bawah kepimpinan Emiriah Arab Bersatu, Mohammed Ben Sulayem, kini memperketatkan peraturan penggunaan bahasa dalam sidang media rasmi, selepas beberapa insiden membabitkan pelumba ternama termasuk juara dunia empat kali, Max Verstappen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Verstappen sebelum ini dihukum melakukan ‘kerja khidmat masyarakat’ di Rwanda selepas mengeluarkan kata-kata kesat ketika sidang media GP Singapura September lalu.
Sainz berisiko didenda lagi lepas ‘terlepas cakap’ di Bahrain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.