Russell bimbang isu dalaman FIA jejaskan kestabilan F1
Russell bimbang isu dalaman FIA jejaskan kestabilan F1

Sakhir: Pelumba Mercedes, George Russell menyuarakan kebimbangan terhadap ketidakstabilan yang semakin meruncing dalam badan induk Formula Satu (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), selepas Timbalan Presiden Sukan FIA, Robert Reid mengumumkan peletakan jawatannya semalam.
Reid, bekas juru arah rali dan juara dunia dari Scotland, meletak jawatan susulan perbalahan dalaman mengenai perubahan statut bersama Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem – yang turut membabitkan Ketua Motorsport UK, David Richards.
Ben Sulayem dijangka akan bertanding semula untuk penggal kedua Disember ini, dan setakat ini belum ada pencabar rasmi, meskipun timbul spekulasi mengenai bakal calon yang mungkin muncul.
Richards, 72, yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia permotoran sebagai bekas bos pasukan F1 dan rali serta bekas pengerusi Aston Martin, tidak layak bertanding kerana faktor umur.
Russell, yang juga pengarah Persatuan Pelumba Grand Prix (GPDA), mendedahkan bahawa Reid mengutus surat untuk menjelaskan keputusannya dan menyatakan rasa sedih dengan pengunduran berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
“Malangnya, setiap kali kita dengar berita dari pihak pengurusan sukan ini, ia sudah tidak mengejutkan lagi,” kata Russell ketika ditemui di Grand Prix Bahrain.
“Ia jadi macam, apa pula selepas ini? Memang menyedihkan. Harap ada kestabilan dalam masa terdekat.
“Kami para pelumba pernah cuba libatkan diri sebelum ini, tetapi tiada banyak kemajuan dicapai. Sekarang, keadaan kelihatan semakin tidak menentu.”
Reid, yang pernah bergandingan bersama mendiang juara dunia rali 2001, Richard Burns, menjadi antara nama besar terkini yang meninggalkan FIA selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Natalie Robyn turut berundur sebelum ini.
Russell bimbang isu dalaman FIA jejaskan kestabilan F1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.