Ferrari harap cuaca panas ‘bakar’ semangat di Bahrain
Ferrari harap cuaca panas ‘bakar’ semangat di Bahrain

Sakhir: Ferrari berharap cuaca panas di Bahrain hujung minggu ini bakal menjadi pemangkin kebangkitan mereka selepas permulaan hambar dalam musim Formula Satu (F1) setakat ini.
Kecuali kemenangan Lewis Hamilton dalam perlumbaan pecut di China baru-baru ini, Scuderia masih belum mencipta impak besar dengan keputusan terbaik setakat ini adalah tempat keempat yang diraih Charles Leclerc di Grand Prix (GP) Jepun minggu lalu.
Leclerc, pelumba dari Monaco, meletakkan harapan kepada beberapa komponen baharu serta faktor suhu lebih tinggi di Sakhir untuk mencabar dua jentera McLaren milik Lando Norris dan Oscar Piastri, selain jentera Red Bull yang dikemudi juara dunia empat kali, Max Verstappen – pendahulu kejuaraan selepas tiga perlumbaan.
“Kami ada beberapa alat ganti baharu di sini dan saya harap ia boleh bantu kami rapatkan jurang dengan pencabar utama,” kata Leclerc.
Ketika ditanya mengenai kesan perubahan suhu drastik berbanding tiga pusingan awal musim, dia menjawab: “Saya harap ia membantu, kerana bahagian awal musim ini memang mengecewakan dan jauh daripada apa yang kami jangkakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kami benar-benar mahu kembali ke barisan hadapan untuk bersaing semula. Saya harap cuaca panas ini memihak kepada kami.”
Leclerc turut mengakui pasukannya kecewa apabila pesaing lain dilihat mengambil langkah lebih besar dalam pembangunan jentera berbanding mereka.
“Kami kecewa kerana pasukan lain nampaknya jauh lebih maju daripada kami dari segi keputusan setakat ini. Jadi saya harap apa yang kami bawa ke sini boleh bantu kami rapatkan sedikit jurang dan beri saingan lebih sengit.”
Sementara itu, Hamilton yang kini menyertai Ferrari selepas 12 musim bersama Mercedes berkata, pakar di ibu pejabat pasukan di Maranello sedang bekerja keras untuk memperkenalkan kemas kini penting.
“Saya fikir hujung minggu ini adalah satu langkah ke hadapan buat kami. Ia mungkin belum cukup untuk tutup jurang sepenuhnya, tapi ia menuju ke arah itu,” kata juara dunia tujuh kali itu sambil berseloroh mengenai gangguan nyamuk ketika ditemubual.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Mengenai kehidupannya bersama pasukan baharu, Hamilton mengakui dia teruja dengan semangat kerja di Maranello.
“Saya sangat menikmati suasana di sana, dapat lihat keajaiban yang dilakukan oleh kakitangan dan fahami lebih mendalam budaya Ferrari.”
Ferrari harap cuaca panas ‘bakar’ semangat di Bahrain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.