Sindiket ‘job scam’ tumpas, lima mangsa diselamatkan tiga suspek ditahan

Sindiket ‘job scam’ tumpas, lima mangsa diselamatkan tiga suspek ditahan

Sindiket 'job scam' tumpas, lima mangsa diselamatkan tiga suspek ditahan

JOHOR BAHRU: Sindiket penipuan tawaran pekerjaan (job scam) terbongkar selepas lima mangsa diselamatkan dan tiga individu yang dipercayai dalang utama ditahan polis, dalam operasi khas di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pada 13 Mac lalu, seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan di sini kerana dipercayai bertindak sebagai ejen sindiket ‘job scam’.

Beliau berkata, polis kemudian menahan dua lagi lelaki tempatan berusia 18 dan 25 tahun di Johor Bahru dan Batu Pahat.

“Mereka dipercayai menjadi dalang dengan memperdaya mangsa untuk menyertai sindiket.

“Tiga unit telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk komunikasi kegiatan sindiket turut dirampas,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu aktif di Myanmar dengan modus operandi menipu individu melalui tawaran pekerjaan di Thailand dengan gaji lumayan antara RM8,000 hingga RM15,000.

“Semua barang peribadi mereka dirampas dan pergerakan dikawal ketat oleh ahli sindiket,” jelasnya.

Kumar berkata, terdahulu, Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand, berjaya menyelamatkan dan membawa pulang 25 mangsa pemerdagangan orang oleh sindiket ‘job scam’ di Myanmar pada 12 Mac lalu.

Katanya, hasil dokumentasi Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, lima mangsa termasuk seorang wanita dikenal pasti sebagai rakyat dari negeri ini yang berusia antara 19 hingga 34 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Mereka diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670), sebelum kita melancarkan siasatan lanjut dan menahan suspek,” katanya.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

“Sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan mendapat arahan untuk membuat pertuduhan yang mana suspek pertama akan dituduh bagi empat pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007.

“Suspek kedua akan menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan suspek ketiga akan dituduh bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, bagi kes di Batu Pahat, dua suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 3 April lalu dan kini direman di Penjara Muar sehingga perbicaraan.

Sementara itu, katanya, bagi kes di Johor Bahru, dua lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok.

Sindiket ‘job scam’ tumpas, lima mangsa diselamatkan tiga suspek ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker