Rumah didiami 8 sekeluarga hangus terbakar

Rumah didiami 8 sekeluarga hangus terbakar

Rumah didiami 8 sekeluarga hangus terbakar
Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang rumah didiami hangus dalam kebakaran di Kampung Gelong Gajah, Kuala Terengganu. – Foto NSTP/Zaid Salim

KUALA TERENGGANU: Lapan sekeluarga termasuk seorang wanita hamil tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman disewa mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Gelong Gajah, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 10.40 malam itu menyebabkan wanita terbabit, Nur Azlina Mohd Azim, 25, hampir pengsan sebaik melihat rumah yang menjadi tempat berteduh tujuh lagi ahli keluarga hangus sekelip mata.

Suaminya, Che Muhamad Hairi Che Hussain, 27, berkata ketika kejadian dia berada di Kampung Mak Kemas kerana menjemput Nur Azlina pulang bekerja di sebuah pasar raya di kampung berkenaan.

“Saya menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga memberitahu rumah terbakar dan sebaik tiba mendapati keseluruhan rumah sudah hangus.

Seorang lagi ahli keluarga, Muhammad Azam Abdul Hadi, 21, yang ketika kejadian berada di rumah keluarganya di Kampung Gong Tok Nasek, berkata dia menerima panggilan telefon daripada bapa saudaranya, Che Hamdan Che Hussain, 35, memaklumkan kebakaran itu sebelum dia segera ke lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Bapa saudara meminta saya datang segera kerana dia hampir lemas berikutan asap tebal menyelubungi seluruh ruang rumah.

“Sebaik tiba saya mendapati api sedang marak dan segera menghubungi bomba.

“Kesemua barangan dalam rumah tidak dapat diselamatkan termasuk sebuah kereta dan tiga motosikal hangus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib berkata, pihaknya mengambil masa selama 45 minit bagi memadamkan kebakaran.

Katanya, kebakaran membabitkan dua rumah dengan sebuah daripadanya hangus keseluruhan.

Rumah didiami 8 sekeluarga hangus terbakar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker