Polis Thailand tahan warga emas dipercayai rakyat Malaysia rompak kedai emas
Polis Thailand tahan warga emas dipercayai rakyat Malaysia rompak kedai emas

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki warga emas di daerah Nonthaburi, dekat sini, petang semalam selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas Hat Yai kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian Ke-6, Kolonel Polis Anusorn Thongsai berkata suspek dipercayai rakyat Malaysia disyaki merompak sebuah kedai emas sebelum melarikan diri ke Bangkok, ditahan ketika dalam perjalanan dipercayai menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi.
Katanya, suspek yang berusia 61 tahun itu, cuba menyamar menggunakan pelbagai identiti bagi mengelak dikesan pihak berkuasa semasa berada di Thailand.
“Siasatan awal mendapati suspek menaiki bas dari Hat Yai ke stesen bas Mochit di Bangkok sebelum cuba menaiki teksi ke rumah anaknya di Nonthaburi.
“Anggota polis berjaya menahan suspek pada kira-kira 6.30 petang waktu tempatan, bersama barang bukti berupa emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru hidup,” katanya ketika dihubungi semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Thongsai berkata suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan akan dikenakan tindakan undang-undang di Thailand.
Siasatan mendapati suspek bertindak bersendirian dengan menaiki motosikal untuk merompak sebuah kedai emas di Plaza Hat Yai sekitar 11.50 pagi Selasa.
Suspek menggunakan pistol untuk melarikan emas bernilai lebih kurang 9 juta baht (RM1.17 juta).
Berikutan kejadian itu, polis Thailand mengeluarkan waran tangkap semalam dan memperketat kawalan di semua pintu keluar sempadan bagi menghalang suspek daripada melarikan diri.
– BERNAMA
Polis Thailand tahan warga emas dipercayai rakyat Malaysia rompak kedai emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.