Polis siasat kemalangan abang kejar adik lari dengan teman lelaki

Polis siasat kemalangan abang kejar adik lari dengan teman lelaki

Polis siasat kemalangan abang kejar adik lari dengan teman lelaki
Insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, semalam berakhir dengan kemalangan tiga kenderaan. – Tangkap layar video tular

SERDANG: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung pertengkaran pasangan kekasih dan seorang wanita lain sebelum kenderaan yang dinaiki mereka dikejar abang sehingga berlakunya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, laporan dibuat seorang wanita berusia 24 tahun semalam.

“Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang Isnin, pengadu terjumpa teman lelakinya bersama seorang wanita dikenali di sebuah pasar raya di Puchong. Pertemuan itu mengakibatkan berlaku pertengkaran sebelum wanita terbabit memukul pengadu sehingga cedera di muka.

“Selepas itu berlaku pergelutan antara pengadu bersama teman lelakinya ketika cuba mendapatkan telefon bimbit wanita berkenaan daripada pengadu.

“Pergelutan itu menyebabkan telefon bimbit wanita terbabit dan pengadu jatuh, pecah serta rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Mengulas lanjut, beliau berkata, lelaki itu menawarkan menghantar pengadu ke rumah bersama wanita terbabit, namun bertindak memandu menghala ke kampung menyebabkan berlaku pertengkaran antara ketiga-tiga mereka sebelum lelaki itu berpatah balik.

Anbalagan berkata, pengadu turut mendakwa dipukul oleh kedua-dua individu terbabit semasa dalam perjalanan.

“Semasa tiba di rumah pengadu di Bandar Baru Sri Petaling, abang pengadu menghampiri kenderaan mereka, namun lelaki itu memandu laju dan hampir melanggar abang pengadu.

“Abang pengadu kemudian bertindak memandu mengejar kenderaan berkenaan sehingga Lebuhraya Utara Selatan dekat Plaza Tol Gopeng dan berlaku kemalangan,” katanya.

Katanya, susulan laporan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kampar, berakhir dengan kemalangan tiga kenderaan.

Difahamkan, insiden kejar mengejar itu membabitkan perselisihan faham berkaitan hal keluarga di mana seorang lelaki yang memandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki pelbagai guna (MPV) jenis Proton Ertiga.

Polis siasat kemalangan abang kejar adik lari dengan teman lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker