Pegawai kanan PUSAKA antara dua korban nahas empat kenderaan

Pegawai kanan PUSAKA antara dua korban nahas empat kenderaan

Pegawai kanan PUSAKA antara dua korban nahas empat kenderaan
Antara kereta yang terbabit dalam nahas empat kenderaan yang mengorbankan dua mangsa di Jalan Tun Jugah tengah malam tadi.

KUCHING: Seorang pegawai di Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) adalah di antara dua mangsa maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan berhadapan Gala City di Jalan Tun Jugah, di sini, tengah malam tadi.

Mangsa, Juli Ladis, 40, yang juga Pegawai Eksekutif, Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan (KIPPKS) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak perempuan berusia 14 tahun yang duduk di bahagian penumpang kereta Proton Pesona dipandunya pula cedera parah.

Seorang lagi lelaki berusia 37 tahun yang belum diperoleh identiti yang memandu kereta Perodua Axia turut terbunuh dalam kejadian itu, manakala pemandu dan penumpang dua lagi kereta yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata kejadian jam 12.40 tengah malam itu berlaku apabila Perodua Axia dari arah pusat bandar raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh Proton Pesona.

“Sejurus kemalangan dua kereta terbabit, sebuah lagi kereta iaitu Toyota Corolla Sport yang datang dari LTAK yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terlanggar Perodua Axia (kereta pertama) yang berada di tengah jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Toyota Corolla itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar pula kereta Toyota GT86 yang dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun yang sedang berhenti di bahu jalan kerana mahu membantu mangsa di dalam kereta pertama dan kedua,” katanya.

Merbin berkata, anak perempuan pegawai PUSAKA yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan menerima rawatan lanjut di Ubit Rawatan Rapi (ICU).

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen di akaun Facebook, mendapati beberapa rakan Allahyarham Juli terkilan kerana tidak sempat menunaikan permintaannya untuk mengunjungi rumah salah seorang rakan mereka serta membeli kek lapis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun…marek nya call bak pergi rumah bg mahadir..malam tadik pun da call juak nak beli kek lapis..lalu x sempat kmk nak bejumpa dengan nya..(kelmarin dia hubungi ajak pergi rumah abang Mahadir..malam tadi pun hubungi lagi hendak beli kek lapis. Saya terus tak sempat berjumpa dengannya),” kata rakannya bernama Abdul Rahim.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Pemilik akaun Ctee Oden pula berkata, kelmarin Allahyarham turut mengajaknya bersama seorang lagi rakan beraya di rumah Mahadir, namun mereka tidak dapat pergi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang selepas selesai proses bedah siasat, lewat petang ini.

Pegawai kanan PUSAKA antara dua korban nahas empat kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker