Juwaidi teruja, gembira pengumuman IOC

Juwaidi teruja, gembira pengumuman IOC

Juwaidi teruja, gembira pengumuman IOC
JUWAIDI baru masuk semula dalam program tahun ini. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki, mengakui gembira dan teruja dengan pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang menyatakan acara berpasukan campuran compound akan dipertandingkan di temasya Olimpik.

Selepas sekian lama menanti dan berusaha untuk melihat acara compound dipertandingkan di Olimpik, Juwaidi kini bersedia merebut tempat dalam acara itu.

Malah, perancangannya kini turut berubah selepas sebelum ini memperlahankan kerjayanya kerana menyangka peluang ke pentas Olimpik sudah tertutup buat pemanah compound.

“Ia satu berita yang menggembirakan. Memang tak sangka selepas sekian lama menunggu.

“Selepas ini saya akan berbincang dengan persatuan (Persatuan Memanah Malaysia) dan MSN (Majlis Sukan Negara) berhubung perancangan untuk kelayakan ke temasya Olimpik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Berita berkenaan turut membakar semangatnya untuk meningkatkan latihan, khususnya selepas kembali menyertai skuad kebangsaan pada awal tahun ini.

“Berita ini besar maknanya untuk saya. Mungkin saya akan dipanggil jurulatih untuk mulakan latihan dalam masa terdekat, mungkin minggu ini. Jadi kena buat perancangan rapi.

“Saya baru masuk semula dalam program tahun ini. Awal tahun tempoh hari saya sudah tandatangan kontrak untuk bantu pasukan ke Sukan SEA sebagai pemanah senior,” katanya yang pernah menghuni ranking ke-20 dunia sebelum ini.

Juara kebangsaan itu berkata, beliau kini mahu memastikan prestasinya kekal konsisten bersama gandingannya, Fatin Nurfatehah, khususnya dalam acara berpasukan campuran.

Bagaimanapun, Juwaidi perlu bersaing dengan seorang lagi pemanah negara, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli, yang turut menunjukkan prestasi cemerlang kebelakangan ini.

Juwaidi teruja, gembira pengumuman IOC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker