Jonassen gembira dengan perkembangan Tze Yong

Jonassen gembira dengan perkembangan Tze Yong

Jonassen gembira dengan perkembangan Tze Yong
JONASSEN (kanan) lebih suka mengambil pendekatan berhati-hati. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Biarpun tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen, gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh perseorangan negara, Ng Tze Yong.

Aksi yang ditampilkan Tze Yong dilihat sebagai satu perkembangan yang positif untuk beliau kembali bangkit mendapatkan keyakinan diri selepas kembali daripada rehat yang panjang.

Bagaimanapun, Jonassen berkata, beliau lebih suka mengambil pendekatan berhati-hati bagi memastikan pemain berusia 25 tahun itu memperoleh kembali prestasi terbaiknya.

“Kejohanan ini baru langkah permulaan dan kami mempunyai perancangan jangka panjang untuk Tze Yong. Tak perlu tergesa-gesa kerana saya mahu pastikan pendekatan kami dapat memberikan hasil terbaik untuk tempoh yang lebih lama.

“Ada banyak perkara penting yang boleh diambil dalam usaha kita untuk bergerak ke hadapan, cuma ia akan dibuat langkah demi langkah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Apapun, saya gembira dapat melihat Tze Yong kembali menyertai kejohanan. Walaupun cabaran terlalu besar, saya dapat melihat sesuatu yang boleh membantu kepulangannya,” katanya.

Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo kelmarin, Tze Yong yang membuat penampilan sulung selepas berehat selama setahun, terpaksa akur tewas 9-21, 12-21 kepada juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Penyertaan Tze Yong pada BAC kali ini dianggap cukup penting bagi memastikan perlindungan ranking yang diberikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) — yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini — dapat dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi.

Sebagai rekod, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu terpaksa berehat panjang sebelum ini selepas mengalami kecederaan belakang pada Terbuka Malaysia tahun lalu sehingga menyebabkan beliau menjalani dua pembedahan.

Tze Yong seterusnya dijadual menyertai saingan Terbuka Taiwan dari 6 hingga 11 Mei dan Terbuka Thailand dari 13 hingga 18 Mei ini, selepas tidak disenaraikan dalam skuad negara ke Piala Sudirman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu juga kemungkinan besar akan beraksi di Masters Malaysia dari 20 hingga 25 Mei.

Jonassen gembira dengan perkembangan Tze Yong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker