Barca bawa bekalan selesa ke Dortmund
Barca bawa bekalan selesa ke Dortmund

Barcelona: Robert Lewandowski meledak dua gol menentang bekas kelabnya ketika Barcelona membelasah Borussia Dortmund 4-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Camp Nou awal pagi tadi, sekali gus meletakkan skuad Hansi Flick di landasan terbaik ke separuh akhir.
Gol pembukaan dijaringkan Raphinha pada minit ke-25, sebelum Lewandowski menambah dua jaringan pada babak kedua, disusuli gol keempat menerusi sensasi muda, Lamine Yamal, pada minit ke-77.
“Kami bermain dengan sangat baik, tetapi kami belum fikir mengenai separuh akhir. Fokus dan mentaliti kami mesti kekal seperti ini,” kata Lewandowski kepada Movistar Plus.’
Kemenangan itu turut memanjangkan rekod tanpa kalah Barcelona kepada 23 perlawanan dalam semua kejohanan — satu-satunya pasukan dalam lima liga utama Eropah yang masih belum tewas sepanjang 2025.
Flick kini sedang memburu kejuaraan treble dengan Barcelona mendahului La Liga, berada di final Copa del Rey menentang Real Madrid pada 26 April, dan semakin hampir ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Lewandowski yang sebelum ini menjaringkan gol ketika membantu Bayern Munich menewaskan Barca, kini menjadi tonggak utama skuad Catalan bersama Yamal dan Raphinha dalam barisan serangan yang telah menghasilkan 36 gol dalam 11 aksi UCL musim ini.
Barca menguasai perlawanan sejak awal, namun penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel menjadi penghalang utama dalam separuh masa pertama.
Bagaimanapun, gawangnya akhirnya bocor apabila rembatan Raphinha melepasi garisan pada minit ke-26.
Lewandowski menambah gol kedua tiga minit selepas rehat hasil tandukan selepas hantaran lintang Yamal, sebelum pemain Poland itu meledak satu lagi jaringan cantik pada minit ke-66.
Yamal kemudian melengkapkan pesta jaringan Barca menerusi satu serangan balas kilat, menewaskan Kobel dengan tenang untuk memastikan Dortmund pulang ke Jerman dengan tugas berat.
Barca bawa bekalan selesa ke Dortmund
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.