Terlewat serah duit hantaran RM27,000, rumah dirosak keluarga tunang
Terlewat serah duit hantaran RM27,000, rumah dirosak keluarga tunang

JAKARTA – Seorang bakal pengantin membuat laporan polis selepas rumah keluarganya dirosakkan oleh keluarga tunangnya sendiri gara-gara dia terlewat menyerahkan duit hantaran berjumlah 100 juta rupiah (RM27,000), lapor laman berita Lambe Turah semalam.
Kejadian berlaku di Tamalatea, wilayah Sulawesi Selatan pada Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Tamalatea, Asisten Komisioner Suardi, kejadian itu berlaku selepas keluarga bakal pengantin perempuan marah dengan kelewatan mangsa menghantar wang.
“Mangsa yang dikenali sebagai MK, tidak menghantar duit belanja sebanyak 100 juta rupiah seperti yang sudah dipersetujui dengan pihak perempuan.
“Menurut mangsa, duit hantaran masih belum mencukupi ketika waktu yang dijanjikan, membuatkan dia tidak dapat pergi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Ia membuatkan keluarga bakal pengantin perempuan berasa malu dan marah,” katanya.
Tambah Suardi, dia percaya perkara itu berlaku kerana masalah komunikasi antara kedua-dua pihak keluarga.
“Pihak lelaki memberitahu bahawa mereka diberi tempoh sehingga pukul 10 malam (waktu tempatan) untuk menghantar wang.
“Namun, pihak wanita pula berkata, mereka tidak memberikan tempoh masa seperti itu. Justeru, mungkin telah berlakunya salah faham,” jelasnya.
Tambah Suardi, rumah pengantin lelaki rosak akibat perbuatan keluarga tunangnya, menyebabkan dia nekad membuat laporan polis. – AGENSI
Terlewat serah duit hantaran RM27,000, rumah dirosak keluarga tunang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.