Dua ditahan menyamar ejen boleh selesai sitaan motosikal

Dua ditahan menyamar ejen boleh selesai sitaan motosikal

Dua ditahan menyamar ejen boleh selesai sitaan motosikal
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan selepas disyaki terbabit penipuan menyamar sebagai ejen bagi membantu mengeluarkan motosikal yang disita oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, taktik suspek terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang mengalami kerugian lebih RM3,000 akibat ditipu suspek.

Beliau berkata, pada 5 April lalu JSPT menjalankan satu operasi di Jalan Tun Razak di sini, dan mangsa berusia 25 tahun diperiksa lalu motosikalnya disita atas kesalahan pengubahsuaian kenderaan.

“Semasa berada di luar Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan untuk membantu mengeluarkan motosikal sitaan dengan bayaran tertentu.

“Mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,400 dan sebuah telefon pintar jenis iPhone 12 Pro Max kepada suspek kononnya bagi tujuan bayaran saman serta pembaharuan insurans.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Suspek kemudian melarikan diri bersama barangan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Zamzuri berkata, pihak JSPT menjalankan serbuan dan berjaya menahan dua individu termasuk dalang utama kes itu, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit mangsa, borang sitaan PDRM, dadah jenis syabu serta sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan berkenaan.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan individu yang menawarkan perkhidmatan berkaitan pengeluaran kenderaan sitaan atau urusan saman.

“Semua urusan berkaitan sitaan kenderaan hendaklah dibuat secara rasmi di kaunter sah dan bukannya melalui orang tengah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Katanya, individu yang terdapat keraguan berhubung sesuatu perkara boleh merujuk kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian rasmi PDRM untuk pengesahan.

Tambahnya, polis akan terus komited dalam membanteras kegiatan penipuan sedemikian demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Dua ditahan menyamar ejen boleh selesai sitaan motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker