Arsenal ‘ajar’ Real, Rice ledak dua sepakan percuma menakjubkan

Arsenal ‘ajar’ Real, Rice ledak dua sepakan percuma menakjubkan

Arsenal 'ajar' Real, Rice ledak dua sepakan percuma menakjubkan
MERINO (tengah) meraikan jaringan yang dihasilkannya. FOTO AFP

London: Dua jaringan menakjubkan menerusi sepakan percuma oleh Declan Rice serta satu gol penyudah klinikal Mikel Merino menghadiahkan kemenangan bergaya 3-0 buat Arsenal ke atas juara 15 kali, Real Madrid, dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Arsenal tampil garang sejak awal perlawanan manakala Real tampak longlai, dengan detik cemas tercetus apabila Eduardo Camavinga nyaris meledak gol sendiri selepas cubaan menghalang hantaran Antonio Rudiger terkena kakinya.

Thomas Partey hampir meletakkan Arsenal di depan tetapi rembatannya tepat ke dakapan Thibault Courtois.

Real cuba bangkit menerusi beberapa serangan balas pantas, namun peluang yang terhasil lebih banyak berpunca daripada kesilapan tuan rumah.

Letupan paip gas Putra Heights: Pemilik rumah musnah sepenuhnya bakal terima RM10,000, separa musnah dapat RM5,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Aksi Real secara keseluruhan kelihatan tidak tersusun.

Penjaga gol Belgium, Courtois menjadi wira Los Blancos dalam separuh masa pertama apabila menafikan beberapa peluang termasuk satu aksi berganda yang menakjubkan pada minit akhir sebelum rehat.

Namun, tiada apa yang mampu menyelamatkan Real daripada jaringan pertama Rice pada minit ke-58 — sepakan deras melencong melepasi benteng dan menerjah jaring untuk gol pertama pemain tengah England itu menerusi sepakan percuma sepanjang kariernya.

“Sebenarnya saya nak hantar bola, tapi bila nampak kedudukan penjaga gol dan benteng, saya terus buat keputusan untuk cuba,” kata Rice selepas perlawanan.

Arsenal hampir menambah jaringan menerusi Gabriel Martinelli dan Merino, tetapi Courtois terus mempamerkan aksi tangkas selain diselamatkan satu ketika oleh halangan di garisan gol oleh David Alaba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


Rice kemudian menjadikan kedudukan 2-0 dengan satu lagi sepakan percuma luar biasa, kali ini disasar tepat ke penjuru atas gawang pada minit ke-70, sekali gus membuat Real tampak hilang arah.

Merino melengkapkan malam sempurna buat Gunners apabila menyempurnakan hantaran daripada Leandro Trossard, 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Malang buat Real, Camavinga dilayangkan kad kuning kedua kerana melengah-lengahkan permainan pada penghujung aksi, sekali gus digantung untuk aksi timbal balik minggu depan.

Penyerang sensasi Kylian Mbappe gagal memanfaatkan peluang terbaik Real dalam separuh masa pertama apabila sepakannya sekadar tersasar, manakala barisan serangan mereka dilihat tumpul sepanjang 90 minit.

Arsenal kini mengukuhkan rekod cemerlang apabila tidak pernah kalah dalam aksi Eropah jika menjaringkan tiga gol dalam perlawanan pertama.

Bagaimanapun, pemain gantian Real Madrid, Lucas Vazquez, mengingatkan bahawa perjuangan belum tamat’

“Ia sukar, tetapi kalau ada satu pasukan yang boleh buat kebangkitan, ia adalah kami – di Santiago Bernabeu, di depan penyokong,” katanya kepada Movistar Plus.

Pemenang aksi ini bakal bertemu Aston Villa atau Paris Saint Germain di peringkat separuh akhir.

Arsenal ‘ajar’ Real, Rice ledak dua sepakan percuma menakjubkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker