2 maut 3 lagi cedera nahas tiga kenderaan

2 maut 3 lagi cedera nahas tiga kenderaan

2 maut 3 lagi cedera nahas tiga kenderaan
Keadaan tiga kenderaan yang terbabit nahas mengakibatkan dua maut di Kilometer 403 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin, hari ini. – Foto PDRM

HULU SELANGOR: Dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh maut manakala tiga individu warga tempatan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin, di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata lelaki berusia 51 tahun yang juga pemandu lori Mitsubishi Fuso meninggal dunia di Hospital Slim River manakala kelindannya yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu Toyota Rush berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, manakala dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta berkenaan berusia 52 tahun dan pemandu lori Scania berumur 26 tahun mengalami cedera ringan.

“Kita menerima laporan berhubung nahas itu jam 1.10 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Rush bergesel dengan Mitsubishi Fuso dari Utara ke Selatan menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Mitsubishi Fuso itu kemudian bertembung dengan lori Scania dari Selatan ke Utara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Asri berkata, semua kenderaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.27 tengah hari dan kemalangan membabitkan sebuah lori treler, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota.

2 maut 3 lagi cedera nahas tiga kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker