Wanita maut tercampak dalam sungai, motosikal dilanggar MPV
Wanita maut tercampak dalam sungai, motosikal dilanggar MPV

PENDANG : Seorang wanita maut apabila tercampak ke dalam sungai selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Titi Chegar, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, suri rumah, Nor Atikah Ahmad, 32, dari Kampung Sawa Kecil, Mukim Padang Pusing, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala, tangan kiri dan betis kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Shamzury Saman berkata, anggota polis menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 3 petang membabitkan sebuah MPV dengan sebuah motosikal di lokasi kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku ketika Toyota Avanza yang dipandu lelaki warga emas berusia 61 tahun itu dari Jeneri, Sik menghala ke Kampung Guar Kepayang.
“Apabila sampai di Jalan Titi Chegar, Pendang, kenderaan MPV itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar wanita terbabit yang sedang menunggang motosikal jenis Honda Vario 125 yang bergerak lurus di laluan bertentangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kenderaan MPV itu turut membawa lima penumpang yang kesemuanya lelaki warga emas berusia antara 67 hingga 74 tahun.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit tercampak ke dalam sungai dan diselamatkan oleh orang awam.
“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Pendang manakala pemandu dan penumpang kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shamzury berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Wanita maut tercampak dalam sungai, motosikal dilanggar MPV
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.