Saintis tunjuk bukti tamadun kuno di Planet Marikh

Saintis tunjuk bukti tamadun kuno di Planet Marikh

Saintis tunjuk bukti tamadun kuno di Planet Marikh
Imej di permukaan Marikh yang menyerupai lubang kunci. – George J. Haas

WASHINGTON – Seorang penyelidik Planet Marikh mendedahkan bahawa permukaan planet merah itu mempunyai pelbagai tinggalan binaan yang menggambarkan tamadun asing purba, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengasas dan penyiasat utama Institut Cydonia, George J. Haas dalam buku terbaharunya berkata, pasukannya menganalisis berpuluh-puluh gambar struktur Marikh yang diyakini hasil binaan ‘benda hidup’.

Ia termasuk piramid, formasi berbentuk lubang kunci dan struktur mirip burung kakaktua.

Menurutnya, formasi itu mungkin tinggalan bandar yang dahulunya megah, piramid yang menjulang tinggi, geoglyph gergasi dan banyak lagi.

Sebagai seorang penyelidik terlatih, Haas mempunyai mata tajam untuk menguraikan perbezaan halus antara pembentukan semula jadi dan struktur yang sengaja dibuat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Anda tidak perlu menjadi ahli geologi untuk mengetahui perbezaan antara batu dan arca. Ia adalah suatu corak geometri,” kata Haas.

Bagaimanapun, saintis-saintis lain berkata, dakwaan Haas adalah hasil daripada pareidolia iaitu fenomena otak apabila seseorang melihat wajah dalam imej atau corak secara rawak. – AGENSI

Saintis tunjuk bukti tamadun kuno di Planet Marikh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker