Polis sedang lengkap siasat kes buli pelajar MRSM

Polis sedang lengkap siasat kes buli pelajar MRSM

Polis sedang lengkap siasat kes buli pelajar MRSM

NIBONG TEBAL: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung klip video tular memaparkan insiden buli membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini.

Apabila siasatan lengkap, kes akan dirujuk kepada kepada pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Jay January Siowou, berkata beliau memberi jaminan bahawa siasatan kes itu akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.

Menurutnya, polis terdahulu telah mengambil tindakan proaktif dengan mengesan institusi serta kesemua individu terbabit untuk mendapatkan keterangan.

“Polis terkesan dengan satu video klip pada jam 12.30 tengahari tadi yang dimuatnaik di laman sosial Facebook (FB).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


“Dalam klip video itu kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai asrama dan terdapat beberapa individu melakukan perbuatan membuli kepada seorang individu lain yang berada di atas katil.

“Susulan itu, kita telah mengesan institusi termasuk individu terbabit serta membuka kertas kertas siasatan yang apabila siap akan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Tegasnya, orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

“Pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil memberi keterangan.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Seberang Perai Selatan di talian04-5858222 dan Polis Pulau Pinang di talian 04-2221522 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit dan 31saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada bahagian punggung, namun tidak dapat dipastikan ia adalah suatu gurauan atau perbuatan buli.

Polis sedang lengkap siasat kes buli pelajar MRSM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker